Noktah kehidupan...nota buat sahabat

Tuesday, June 08, 2010 | |

" Nazrul, hang nak pi kenduri Cenoi tak?"

"InsyAllah, kalau ada yang nak pi, aku follow ja. Sapa lagi?"

"Aku ajak Iqbal ngan Chot."

"Okay."
...

"Malasnya nak pi, rasa macam tak best pulak."

"Kalau rasa tak sedap hati, better tak payah pi la." my bro bising-bising.

" Depa dah sampai Tol Tanjung Malim, tolong hantar angah jap." Kami dua beradik bergegas.



Antara skrip akhir minggu lepas, ketika sibuk bermonolog sama ada mahu maneruskan misi ke Rumah Cenoi atau membatalkan sahaja perancangan ringkas seminggu dua yang lalu.

Rancangan asal mahu meluangkan masa bersama rakan-rakan lama sekolah menjadi episod tragis apabila bonda seorang sahabat dipanggil mengadap Tuhan.

Masa yang begitu genting, lantaran rancangan perkahwinan hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.Tiba-tiba insan yang dihormati dan disayangi dipanggil Tuhan mengadap.

Cerita takdir dan unjuran Qada' dan Qadar adalah rentak yang perlu kita hadapi.

Arwah antara insan ramai yang sempat berkenalan selama hampir 5 tahun di SMS Tuanku Syed Putra. Hubungan yang agak rapat selama tempoh tersebut memberi ruang yang baik untuk mengenal hati dan tingkah arwah.

Seorang Ibu yang baik, memahami dan begitu menyayangi anaknya.

Saban tahun tarikh Mei 19 akan diraikan di sekolah semata-mata berkehendak untuk anaknya mengerti yang Ibu telah bertuah melahirkan seorang insan,wanita kerdil yang mungkin satu hari nanti bisa menjadi manusia agung.

Rakan-rakan turut merasa tempias kasih sayang seorang Ibu pada anaknya.

Tetapi pada tanggal Jun 6, 2009, rahmat Tuhan lebih mengerti episod akhir kehidupan.

Ibu pergi dengan persiapan awal moga anaknya menjadi seorang ibu yang solehah, isteri yang taat pada suami dan hamba yang kenal Tuhan dan menjangga hak-hak kehidupan.

Untuk Nurzal Effiyana Ghazali, takziah, be strong, tabahkan hati kerana ujian Tuhan memberi ruang untuk manusia menjadi insan agung.

Untuk Arwah Makcik Rokiah, semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas mu dan memberi keredhaan ke atas amal, keampunan ke atas silap dan kesenangan hidup di alam yang jauh. InsyaAllh, rahmat Tuhan menentukan makcik berada disana lebih awal.

Dengan rahmt Tuhan jualah kita bisa bertemu kembali satu masa nanti pada waktu dan alam yang lebih tenang. Ameen.

...

"Dah selesai semua?"

"Dah,tq".

*Gambar merupakan hiasan akhir seusai selesai Majlis Graduasi Sek. Men. Sains Tuanku Syed Putra tahun 2001. Saat ini merupakan saat akhir sempat berramah mesra dengan arwah, kalau tidak kerana arwah yang menyuruh, sudah tentu rakaman gambar ini tidak wujud.

Platform Pengantin Bersantap

Tuesday, June 02, 2009 | |


Platform Pengantin Bersantap, originally uploaded by adifimiyun.

Persiapan platform pengantin bersantap sebenarnya memberi impak yang lebih jauh bermakna.

Bukan sekadar persiapan, tetapi lebih kepada kemantapan ukhuwah kawan kejiranan di Surau.

Muslimat dan muslimin tanpa mengira latar ( atau mungkin hanya kelompok kecil golongan sedar agama) memilih untuk membantu.

Ini adalah interpretasi terbaik untuk pelbagai kata sokongan Melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Walau penuh dengan adat yang... ini antara amalan dalam perkahwinan yang saya raikan.