Thursday, March 27, 2008

Belajar Dari Sejarah

India's Drive to Center Stage... In a New Jaguar

Posted by B V Krishnamurthy on March 26, 2008 6:22 AM


The uncertainty and speculation are over. India's Tata will get the Jaguar and the Land RoverBrandsfrom Ford at a price estimated to be $2 billion. Though unrelated, only yesterdaydid another Tata group company, Tata Chemicals, announce the acquisition of anotherUS-owned company, soda-ash producer General Chemical Industrial Products, for $1billion.

Coming as they do after Mittal’s acquisition of Arcelor, Tata’s acquisition of Corus, and a spate of Indian acquisitions in IT, BT and pharmaceuticals, the latest announcements seem to suggest that India is indeed an economic power to reckon with and perhaps more importantly, that Indian business leaders are moving away from a risk-averse mindset to an aggressive globe-conquering attitude with confidence.


--------------------------------------------------------------

Mar 26th 2008

From Economist.com

What Tata will do with two luxury-car brands

 AFP

DEPENDING on which way you look at it, in acquiring Jaguar and Land Rover from Ford for $2.3 billion, a deal finalised on Wednesday March 26th, Tata Motors has either got itself two of the most famous brands in the car business at a bargain-basement price—or a sea of troubles.

--------------------------------------------------------------

Ketika Malaysia masih sibuk membetulkan sistem dan akar umbi pentadbiran negara, India sudah melalui beberapa detik kegemilangan.

Ketika Proton, masih berkitar mahu atau tidak mahu pada kerjasama asing, India sudah pun memiliki saham dalam beberapa ikon kenderaan besar dunia. Biar pun ada beberapa analisis yang kurang meyakinkan pemindahan saham ini, secara lumrahnya kegigihan Tata adalah bukti bahawa keyakinan mereka untuk menguasai pasaran dunia.

Globalisasi 3.0 sepertimana dijelaskan oleh The World Is Flat karangan Thomas L. Friedmen, membuktikan betapa sisi-sisi depan globalisasi sedang dan akan terus memperlihatkan kecekalan India untuk menerajui konglomerat ekonomi dunia.

Jika sebelum ini, dunia hanya menilai India paling tidak akan menyusuri China dalam beberapa perencanaan ekonomi dunia, ternyata perlu melihat kembali penilaian ini. India sudah jelas menguasai beberapa sektor penting dunia, cumanya rakyat di India masih belum mampu untuk menjuarai kehendak hukum permintaan yang menuntut kuasa beli yang tinggi.

Sistem Kangani ?

Jika British pada pertengahan pemerintahan mereka di Tanah Melayu, membawa masuk jutaan rakyat dari India untuk memenuhi sistem ekonomi perladangan mereka, kenapa adaptasi sistem ekonomi yang berlaku di India tidak boleh dilakukan?

Walaupun ada tekanan yang merujuk kepada kapitalisme melampau di India, pengaruh dan dasar sesetengah bahagian kepentingan ekonomi mereka sebenarnya layak untuk digunapakai di Malaysia.

Contoh yang mudah diambilkira adalah bagaimana kejayaan outsourcing yang dijadikan antara intipati kejayaan ekonomi India. Istilah-istilah ekonomi dan kejayaan dalam bidang teknologi melalui kemapanan pembangunan kepakaran IT di Infosys meyakinkan ramai bahawa banyak lagi yang Malaysia perlu pelajari, selain daripada belajar bertatih untuk memajukan sistem dan akar umbi demokrasi negara.

Reformasi Indonesia

Ketika di kampus, marhaen mahasiswa sering diulang cakap berkenaan peristiwa kematian 3 warga mahasiswa Indonesia ketika reformasi berlangsung. Malah azam mahasiswa ketika peristiwa ini diulang umpama memberi makna bahawa mahasiswa Malaysia juga punya semangat demikian.

Namun, inti yang dirungsingkan adalah kenapa sekelompok Mahasiswa yang tadinya berkobar di kampus akhirnya terkubur apabila berdepan dengan reliti semasa? Massa juga sudah pasti tertanya, ke mana hulubalang-hulubalang kampus dahulu?

Dalam menyahut kemenangan tsunami politik, mahasiswa khususnya dan massa amnya perlu menyediakan masyarakat dengan platform seperti seorang bayi yang baru belajar bertatih.

Bertatih untuk bayi yang kecil sama seperti berkayuh basikal untuk anak yang baru mengenal kayuhan pertama. Akan ada rengga masa yang menyakitkan, dan juga senyuman kejayaan yang terkesan. Sakit itu akan memberi pengalaman pertama yang meyakinkan.

Maka , untuk massa memahami perubahan-perubahan yang bakal berlaku selepas besarnya peristiwa tsunami politik Mac 8, 2008, mahasiswa dan intelek masyarakat perlu turun ke padang untuk sama-sama menghayati dan memberi maksud bagaimana perubahan ini wajib diisi.

Soal-soal yang dahulunya kelihatan terasing untuk dijawab perlu diterangkan dengan jelas dan mantap seperti persoalan arah dan hala tuju Barisan Rakyat ? Bagaimana keberkesanan ekonomi dan dasar Barisan Rakyat akan memberi ke untungan kepada marhaen? dan pelbagai lagi.

Seperti halnya reformasi Indonesia, Bangsa Indonesia mula belajar erti kesopanan prinsip dan mempertahankan perbezaan dalam ruang demokrasi untuk menjaga keadilan yang diyakini. Tempoh yang dituntut bukan sehari dua, malah mungkin betahun lamanya.

Ironisnya.

Andai hari kita sudah hidup dalam kelompok masyarakat yang berpegang pada prinsip demokrasi dan meyakini perbezaan yang ada merupakan kekuatan untuk Malaysia, maka sudah pastilah yang akan ditulis di Harvard Business School Publication dan The Economist adalah kejayaan Proton menguasai Nissan dan Puegeuot secara bersama!

Tetapi , kita masih bertatih untuk itu dan perjalanan ini masih belum sampai ke puncaknya.

Monday, March 24, 2008

Raja Di Mata Dan Di Hati


MATAHATI merupakan refleksi anak seni terhadap segala permasalahan sosial, isu-isu kontemporari yang terangkum dalam disiplin politik dan agama, juga permasalahan ekonomi.

"Artis, jangan cuba jadi nabi,"kata Ahmad Fuad ketika menjelaskan karyanya.

Ketika melatari episod-episod seni begini, saya tertarik pada karya Hamir Soib yang bertajuk Bila MASTER itu berbicara... . Rona-rona etika yang dikaitkan melalui karya Hamir Soib sungguh mengesankan apabila cerita bahawa karya ini hasil interpretasi emosionalnya terhadap dunia akademik yang kini bercorak industri. Hasilnya Hamir Soib meletak jawatan daripada bergelar pensyarah di sebuah institusi pengajian ulung Melayu Malaysia.

Dalam disiplin ilmu begini, ada dua lagi karya mudah oleh Ahmad Shukri Mohamed yang sangat mudah dibaca dan diertikan maksud rencana aturan lambang-lambang yang disusun segak. Soal-soal seni yang berbicara tanpa suara akan mengajar umat betapa maksud yang terangkum oleh hasil seni akan lebih terkesan untuk dihayati dengan rasa tulus dan merendah diri.

Ini karya paling menarik.

Lirikan senyuman terukir pada minda dan rasa enak hadirin yang ada pada petang itu.

Tajuknya, Sidang Rakyat.

Dan disiapkan elok beberapa hari sebelum pilihanraya berlangsung.

Apabila Ahmad Shukri Mohamed, menjelaskan maksud disebalik setiap tirai-tirai ketumbukan putih, lapikan bantal pada asas segitiga dan rencana negeri Malaysia pada lampiran Sidang Rakyat, sungguh ramai yang megerti.

Saya mencelah, " apakah akan ada perubahan pada ketumbukan putih atas meja itu?"

Shukri dengan jelas menjawab dan bunyinya lebih kurang begini, " Ya, seni pada saya adalah sesuatu yang tidak pasif dan sentiasa responsif pada perubahan sosial ."



Yang ini pula, karya Ahmad Fuad Osman, katanya sebagai response Reformasi 1998.



Sungguhnya, Artist Floor Talks: Talking to the MATAHATI merupakan arena baik untuk saya dan kawan-kawan mengerti soal seni dan response mereka pada agama. Malah, Ahmad Fuad Osman menyebut dalam karya-karya akhir ini, kesan sufism dalam dirinya seolah membantu merencakkan hasil karya.

Terima kasih MATAHATI.

Birds of a feather: Latiff Mohidin (fourth from left) and Tengku Nasariah with the five Matahati artists (from left) Ahmad Shukri, Ahmad Fuad, Hamir Soib, Bayu Utomo and Masnoor Ramli at the launch of the exhibition at Galeri Petronas, KLCC.

Raja Di Mata Dan Di Hati


Mengikuti perkembangan politik UMNO kebelakangan ini sangat-sangat mengujakan. Apatah lagi dengan soal-soal prinsip dan dasar yang tidak pernah selama ini kita cabar baik secara ilmiah mahupun secara prinsipal dalam pengalaman sebagai seorang ahli masyarakat.

Undang-undang Tubuh Negeri yang selama ini dibiar berhabuk disebalik tembok Istana, makin hari makin teserlah. Kebijakan masyarakat juga semakin hari semakin mendalam terhadap prinsip hak dan kebijakan mereka mempertahankan prinsip itu.

Krisis UMNO di Perlis dan Terengganu adalah contoh paling baik untuk dinilai.

Jika di Perlis, Istana langsung menolak 'watikah Abdullah' sebagai calon Menteri Besar, hal demikian juga berlaku di Terengganu.

Implikasi insiden di Terengganu lebih teserlah lantaran Sultan di Negeri Darul Iman ini merupakan Yang Di-Pertuan Agung sekarang. Singgahsana kuasa sultan merupkan simbolik terakhir kepada ketuanan, kedaulatan dan maruah agama Islam sebagai agama ulung Malaysia. Tidak ditolak, singgahsana sultan ini juga merupakan tembok akhir kepada ketuanan Melayu bagi mereka yang masih percaya akan prinsip bangsa Melayu.

Apa kesannya?

UMNO yang selama ini kononya berbicara sebagai sebuah pertubuhan Melayu untuk Melayu,mempertahankan Melayu terus membohongi ahli dan masyarakat Melayu.
FASAL 3

ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Lihat pada Perkara 3.2. Ini buktinya mereka khianat pada perlembagaan dan dasar parti Melayu itu sendiri. Jika direnung sedalamnya, hampir semua perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan parti UMNO ini telah lama dikhianati.

Kesannya, UMNO sememangnya semakin tidak relevan untuk Melayu. Apatah lagi untuk memepertahankan kedaulatan Umat Malaysia.

Untuk mengulas krisis UMNO ini, rasanya soal-soal yang lain akan timbul sedikit masa lagi dan saya amat bersetuju dengan entri Dato' Husam Musa yang menyoalkan seperti ada isu besar yang Abdullah Anak Beranak cuba sembunyikan. Kita nanti dan lihat bagaimana.

Raja Di Mata dan Hati.

### foto-foto adalah cuplikan daripada The Star , galeri petronas. Untuk koleksi sendiri, belum dapat dimuat naik kedalam blog :).

Friday, March 21, 2008

Relax Selepas Pilihanraya


Semalam berfutsal dengan ex-SMSTSP.

Tuesday, March 18, 2008

Pasca Pilihanraya - Kabinet

Budaya Politik

Ketidaktentuan politik kelihatan amat jelas sekali sesudah kerajaan BN gagal mempertahankan kekuatan majoriti 2/3. Ketidaktentuan ini jelas dalam budaya politik Melayu. Lihat kisah yang berlaku di Selangor dan Perak. Bandingkan dengan tingkah Koh Tsu Kon di Pulau Pinang.

Ternyata lagak politik Kaum Cina sebenarnya lebih matang, jika dibandingkan dengan usia Ketuanan Melayu yang memerintah Malaysia.

Dalam kesulitan begini, rakyat dikejutkan oleh beberapa perubahan drastik yang didahului oleh pihak Istana Negeri Perlis. Terengganu juga turut menerima tempias yang sama.

Jika dahulu, rakyat melihat seolah Istana hilang fungsi didalam mengacarakan sebarang keputusan pentadbiran negeri, akhirnya Perlis dan Terengganu memberikan bukti yang cukup jelas, betapa peranan dan pengaruh Istana jangan sesekali dilampaui. Keputusan-keputusan begini sebenarnya memberi nafas baru untuk sebuah sistem demokrasi negara yang baru berusia 50 tahun.

Kabinet ... bukan almari dapur

Hari ini Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinet baru. Jika dahulu, warisan kabinet diperolehi secara menurun daripada Mahathir Mohamad, kini Abdullah Ahmad Badawi sendiri membariskan mereka sebagai pasukan yang akan membantunya mentadbir.

Ada kejutan apabila melihat kepada keputusan Amirsham dan Zaid Ibrahim untuk cekal bersama Abdullah.

Apakah dalam senarai hampir 70 orang Ahli Parlimen UMNO(tidak termasuk Khairy dan ahli parlimen busuk dengan rasuah), tidak ada seorang pun yang punya kapasiti untuk mentadbir? Dalam ramai antara mereka merupakan lulusan universiti berprestij (tidak termasuk Khairy), tidak adakah yang punya kemahiran untuk mentadbir Malaysia melalui saluran undian rakyat?

Jika persepsi ini diambil, maka sebenarnya Abdullah Ahmad Badawi, awal-awal lagi sudah membohongi rakyat bahawa pasukan pentadbirannya merupakan seorang yang mendapat sokongan penuh rakyat. Senator, bukan lantikan melalui suara peti undi, tetapi lantikan berpengaruh individu yang ada pengalaman.

Senator, lantikannya hanya selayak seorang pembantu kepada pasukan pentadbiran Abdullah, bukan sebagai front bencher (pinjam ayat Shahrir, Menteri PDN HEP yang baru).

Dalam hal ini, kemunculan semula Muhammad Son Of Muhammad (mengenang gelaran Muhammad Taib di Malaysia Today), adalah sesuatu yang diluar daripada jangkaan. Belum sempat memasuki opis, YM di paparan sudah menyebarkan lawak-lawak jenaka tentang seseoran yang bergelar MMT yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Rakyat sudah mampu menilai, sama ada kabinet ini akan memberi kemajuan kepada pasukan Abdullah, ataupun kehancuran nyata kepada UMNO dan Barisan nasional.

Monday, March 17, 2008

Pasca Pilihanraya (ii)

IPOH 16 Mac - Kira-kira 1,000 orang berhimpun secara aman bagi membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menghina institusi kesultanan Perak di sini hari ini.Kumpulan menamakan diri mereka Suara Rakyat Perak Darul Ridzuan yang turut disertai badan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan perhimpunan bermula pukul 8 pagi.


Media dan Peranan

Media massa diakui sebagai antara medium perantara paling banyak mendominasi pendapat umum khalayak ramai. Malah, dalam pelbagai latar situasi dan insiden, kebanyakan fakta dan data diperolehi secara langsung melalui sumber-sumber media yang dipercayai sahih.Dalam peristiwa paling bersejarah negara, tanggal 8 Mac 2008, membuktikan betapa media yang dikongkong dan jumud pada pembangunan informasinya akan menjurus kepada keadaan yang memberi justifikasi yang salah.

Masyarakat sudah menilai dan menghukum media yang salah.Untuk menghidupkan kembali watak dan peranan media, kesesuaian ataupun kecekapan menyesuaikan kehendak masyarakat melalui informasi yang sahih dan adil adalah kayu ukur untuk menentukan sama ada survival media ini berterusan atau tidak. MSM yang relevan adalah bebas dan relatifnya tidak berpihak. Seperti apa yang ditegaskan hari ini oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Media janganlah berperanan untuk menghidupkan api-api yang membara dalam sejarah negara Malaysia. Peristiwa-peristiwa belakang yang menjadi duri dalam daging kepada keharmonian negara sewajarnya sudah menjadi etika baru kewartawanan untuk seboleh mungkin tidak diadaptasikan kembali.

Media melalui sejarah perlu dipelajari dan dihayati, bukan diadaptasi dan diapikan keperluannya secara membuta tuli.

Pada masyarakat, jika media berterusan bersikap bias dan berat sebelah, maka matlamat pembangunan negara yang harmoni, mapan dan syumul ekonomi mungkin tidak akan dicapai. Malah lebih buruk akan menjadi sumber kekacauan melampau negara.

Hubungan Antara Persekutuan Dan Negeri

Ini merupakan lembaran baru dalam sejarah pentadbiran awam negara. Jika selama ini, hanya Kelantan dijadikan model dan sumber untuk memahami secara terperinci berkenaan soal hubungan antara Persekutuan dan Negeri, maka selepas ini rujukan akan lebih menumpu kepada Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selongor.

Apa yang lebih menarik ialah statistik awal yang menunjukkan betapa KDNK negara bergantung hampir 30% daripada perkembangan ekonomi di Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu,Selangor juga merupakan penyumbang terbesar KDNK Negara - Negeri Selangor (2004-2005) KDNK 22.8% dan pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.2%. Statistik lain menunjukkan Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia dengan Pendapatan isi rumah purata meningkat kepada RM5,175 pada 2004 berbanding RM 3,144 pada 2002 merupakan tertinggi di Malaysia. Kadar kemiskinan keseluruhan 2004, 1.0% dan tiada kemiskinan tegar.

Jika struktur data ini dinilai, maka kerajaan persekutuan akan perlu menilai kembali sama ada peruntukan-peruntukan yang tertakluk dibawah perlembagaan akan diurus sepertimana nasib yang Kerajaan Kelantan hadapi atau peruntukan ini akan ditangani dengan lebih telus lagi.

Kemungkiran kerajaan terhadap peruntukan ekonomi sedemikian akan membawa bukan sahaja negara ke ambang ketidakstabilan ekonomi malah menjerumus kepada situasi songsang politik dan sosial negara.

Dengan pelabur yang sudah muak terhadap janji korupsi, ditambah lagi dengan pengurusan tidak profesional persekutuan,maka ini menjadi adunan yang cukup menderita untuk rakyat menerimanya. Ekonomi yang bebal, akan membentuk masyarakat terdesak kepada keperluan asas dan akhirnya membawa kepada peningkatan jenayah dan kemusnahan struktur sosial negara.

Secara umum, pasca pilihanraya (ii) melihat media dan hubungan langsung persekutuan dan negeri sebagai indikator ke arah kewujudan sistem dua parti yang berkesan di Malaysia. Keuntungan jangka panjang melalui sistem politik begini hanya dapat disahkan sekiranya pihak yang bertanggungjawab berperanan tanpa membatasi hak dan keperluan sepatutnya.

Sumber :
  1. Utusan
  2. Gabem
  3. Wikipedia
  4. Harakah
p/s- Tempoh 4 ke 5 tahun mendatang merupakan artikulasi yang cukup baik bagi para ahli sosial yang mahu memahami sistem politik Melayu dan Malaysia khususnya. Latar agama, bahasa, budaya dan bangsa memberikan ruang untuk para penyelidik memahami, inti apa yang perlu dipegang dalam kepelbagaian ragam ini supaya keharmonian Malaysia terus terjamin.


Saturday, March 15, 2008

Pasca Pilihanraya (i)

Forum dan Diskusi Keputusan

Selepas berakhirnya Pilihanraya Umum(PRU) yang lalu, terdapat pelbagai forum yang memberi justifikasi dan analisis kompleks terhadap kejutan keputusan pilihanraya. Kesempatan menghadiri dua forum yang diadakan di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) dan Rumah Universiti,Universiti Malaya, memberi tafsiran yang agak umum terhadap ke mana Malaysia selepas PRU ini.

Di KLSCAH, forum yang bertajuk " Ke Mana Malaysia? Analisa Keputusan Pilihanraya Ke-12" dipanelkan oleh Datuk A.Kadir Jasin, Saudara Ibrahim Suffian dan Dr. Toh Kin Woon.

Di Rumah Universiti, Universiti Malaya , INPUMA menganjurkan diskusi akademik bertajuk "The 2008 General Election: Towards a Two-Party Coalition System in Malaysia". Antara ahli panel yang hadir ialah Dr. Syed Husin Ali, Prof. Khoo Kay Kim, Pak Non dan Derez Fernandez.
Kedua-dua forum ini mengupas secara umum berkenaan implikasi dan halatuju politik Malaysia selepas PRU-12 ini.

Kenapa Pilihanraya Awal

Daripada analisis oleh Sdr Ibrahim Suffian dari Merdeka Center, trend pengundian sebenarnya sudah diketahui pada minggu-minggu akhir Abdullah Ahmad badawi dijangka mengumumkan pembubaran parlimen. Kajian yang dijalankan untuk mengetahui trend pengundian memberi petunjuk awal betapa Abdullah dan kerajaan pimpinannya semakin hari semakin tidak popular pada rakyat.

Bermula dengan pelbagai rapat umum BERSIH, HINDRAF, rapat umum untuk kenaikan barang, kenaikan harga minyak di tengah-tengah malam merupakan indikator yang dinilai oleh para pengundi. Trend yang berterusan itu akhirnya terjelma tepat pada minggu Abdullah mengumumkan pembubaran parlimen yang mana rakyat mengambil keputusan untuk memilih selain BN pada PRU-112 yang lalu.

Rumusan awal yang diberi oleh panel ialah deja vu BN terhadap kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon akan memberi impak positif kepada oposisi BN. Walhal, Abdullah secara jelas sebelum itu menyebut bahawa DSAI bukan lagi faktor untuk dalam landskap politik tanah air.

SWING Mengejut Rakyat

Rata-rata analisis oleh panel pada kedua-dua forum memberi asas yang sama apabila bersoal tentang 'swing' mengejut rakyat.

Datuk A. Kadir Jasin, menyebut betapa kesombongan kuasa yang wujud pada BN menjadi duri dalam daging yang menjurus kepada kekalahan besar di 5 negeri dan gagal memepertahankan majoriti 2/3. Dalam hal ini juga , Datuk A. Kadir Jasin, secara lebih tertumpu menjelaskan bahawa penasihat-penasihat yang 'cerdik', disamping laporan-laporan akhbar yang seringkali baik meyakinkan Abdullah bahawa rakyat marhaen masih setia bersamanya.

Walhal, arus bawah yang bergelora sebenarnya cukup mudah dikesan jika sensitiviti Abdullah terhadap rasa sayang rakyat marhaen tinggi.Rakyat India misalnya, bergelumang dengan kemelut kemiskinan yang tinggi walaupun ada dikalangan mereka yang sudah ramai bergelar jutawan. Masyarakat marhaen Cina pula, mempersoalkan tindakan bodoh Hishamudin menghunus keris, lagak seperti seorang yang membela bangsa.

Dalam forum berasingan, Derez Fernandez secara kebetulan turut menyebut soal kesombongan kuasa pada BN dan menambah, betapa ketidakadilan yang berlaku turut menyumbang kepada kejatuhan dinasti BN selama 50 tahun di Malaysia.

Insiden 'walk for justice' dan penarikan secara tiba-tiba penggunaan dakwat oleh SPR meyakinkan penduduk bandar betapa ada sesuatu yang tidak kena apabila berbicara soal-soal keadilan rakyat. Ditambah pula dengan proses kerajaan Abdullah menguasai dan mengurus isu kehakiman melalui 'Linggam Tape'.Semua insiden ini memberi konsesus kepada marhaen Malaysia untuk melakukan swing besar, agar BN belajar bahawa 50 tahun merupakan tempoh yang sudah cukup lama untuk memerintah.

Ke Mana Malaysia


Implikasi awal keputusan pilihanraya memberi petunjuk betapa sistem politik Malaysia jika didasari oleh rukun keadilan yang bersih dan amanah akan memberi ruang untuk demokrasi subur disini. Dalam analisis oleh INPUMA, rata-rata ahli panel bersetuju bahawa ruang keadilan yang bersih dalam demokrasi akan membawa Malaysia kepada sistem dua parti yang menyumbang kepada pembangunan yang lebih efektif.

Dalam kerukunan demokrasi, media massa dan isu sensitif perlu ditangani dengan bijak. Peranan media selepas ini perlu untuk lebih bebas melaporkan dan memberi input kepada masyarakat.

Selain itu, didikan awal masyarakat untuk membentuk pandangan politik bebas dan lebih terarah perlu diberi ruang melalui kajian semula AUKU dan akta-akta rimba yang lain. Didikan awal ini akan memberi pendedahan kepada maayrakat untuk turut berpartisipasi dalam ruang lingkup demokrasi yang luas.

Namun, soal-soal begini akan ditentukan oleh sejauh mana alternatif BN mampu berperanan,
dan jika hasil pemerintahan mereka meyakini ini akan menjadi basis kukuh untuk masa depan Malaysia yang harmoni ekonomi, sosial dan politik.

p/s: UMNO bergolak.Jika betul akan berlaku gelombang kedua dikalangan ahli dewan terpilih, tidak mustahil untuk Anwar Ibrahim bergelap PM dalam tempoh terdekat.

Sunday, March 09, 2008

Rakyat Sudah Bersuara.

Hari ini, melalui kertas undi, anda telah mendengar suara hati anda dengan sepenuh tekad bahawa masa untuk perubahan sudah tiba.

Rakyat Malaysia telah bersuara. Ini adalah detik bersejarah, yang luar biasa dalam sejarah negara kita.

Hari ini lebaran baru telah dibuka. Rakyat telah mengundi dengan berani dan terbuka untuk melangkah ke satu era di mana kerajaan yang dibentuk mestilah bersifat terbuka dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya adalah satu rakyat yang bersatu.

Rakyat telah meluahkan tanpa sebarang ragu bahawa mereka tegas mahukan akauntabiliti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang.

Hari ini, perpaduan dan persefahaman bersama antara rakyat telah menang.

Esok, kita akan memulakan gerak kerja untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat Malaysia, dengan saling berpimpin tangan dan berganding bahu ke bahu.

Inilah harapan baru untuk Malaysia!

ANWAR IBRAHIM

Akhirnya Rakyat Bersuara

Tahniah buat keseluruhan Rakyat Malaysia, yang memilih untuk bersama menegakkan agenda perubahan. Jika tidak kerana kekotoran oleh Suruhanjaya Pilihanraya, nescaya kerajaan yang dibentuk pagi ini ada sebuah kerajaan yang tegas mempertahankan negara berkebajikan. Dengan Kelantan kekal. Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang mengambil alih posisi penguasaan parti baru.

Harapan seterusnya sudah tentu ingin melihat sebuah kerajaan yang bersih, tegas pada prinsip amanah dan tanggungjawab, setia pada memastikan kemakmuran rakyat, memelihara ketamadunan dan maruah rakyat juga membangunkan nilai insan sebagai kapital baru untuk landasan sebuah negara maju.

Untuk, UMNO, saya mengambil jalan mudah untuk mengkhabarkan bahawa betapa anda perlu memikirkan jalan baik untuk menyingkirkan Khairy dan Pak Lah daripada singgahsana kuasa. Apa lagi yang perlu ditunggu jika rakyat sudah bersuara!

Untuk rakan-rakan, kawan-kawan yang bersama mahupun dalam aliran oposisi, rakyat sudah bersuara, kita seharusnya mengambil pendekatan konstruktif untuk membina Malaysia baru dengan harapan yang penuh harmoni.

Terima Kasih Rakyat, anda melakukan tindakan yang betul!

Saturday, March 08, 2008

Ubah Demi Maruah, Ubah Sebelum Parah

Ubah Demi Maruah,
Ubah Sebelum Parah.




Untuk update sebarang isu atau polemik sempena pilihanraya umum, sila skroll ke bawah.

Menulis Untuk Pilihanraya (iii). 8 Mac 2008

Airmata seorang ulama, pimpinan sebuah gerakan Islam bukan hanya titisan airmata kosong. Nilai dan komitmen seorang pejuang menzahirkan betapa ketinggian budi ini menjangkaui seluruh susuk tubuh besar seorang zalim di pundak kuasa.

Undi Hari Esok adalah undi untuk pembangunan sebuah ketamadunan Malaysia yang aman dan harmoni dari sebarang tingkahlaku jahat para pimpinan korup dengan rasuah. Malaysia sudah memerlukan kepada perubahan untuk kerberlangsungan anak muda dan generasi besar akan datang.

Ayuh,mengundi untuk perubahan, bukan untuk pertahan sang korup bertopeng pimpinan !!!

Monday, March 03, 2008

Menulis Untuk Pilihanraya (ii) - Ahad 1 Mac 2008

i. Pagi Yang Gelap.

Aturan hari ini mahu mengikut rencana NYCC ( National youth consulatation council). Kemudian berkejar ke Putrajaya untuk menghadiri ceramah/perjumpaan dengan TG Nik Abdul Aziz, dan malamnya bergegas ke Titiwangsa, membantu untuk mengedar bahan kempen dari rumah ke rumah untuk Parlimen Dr. Lo' Lo'.

Jika dilihat jadual, penuh ruang masa umpama ahli politik yang bertanding. Mungkin lebih senang bergelar Ahli Dewan Negara, merantau setiap ceruk bumi Wilayah Persekutuan untuk mewacanakan sebuah perubahan.

ii. 15 Minit Yang Menggegarkan.

Jadual waktu itu sebenarnya sudah tamat. Tetapi atas prinsip adab sebagai anak muda, rintihan dan nasihat daripada Uncle Lim yang mewakili penduduk Kg Sungai Telentang di Rawang didengar dan bersama mencari resolusi terbaik sebagai solusi masalah.

Tepat jam 5.45, kami bergegas ke Putrajaya. Asalnya mahu ke sana jam 4.00 petang sudah terlajak menghampiri jam 6.00.

Kata pemandu kereta, "20 minit jer, dari Rawang ke Putajaya."

Hasilnya, 6.20 petang kami sudah tersedia di Presint 9 untuk berkejar Solat Asar dan berturutan bersama ribuan hadirin yang hadir untuk mendengar dan melihat titah kata TG Nik Abdul Aziz.

Walaupun dikhabarkan bahawa, jadual penerbangan TGNA dilewatkan daripada jadual sepatutnya, hadirin tetap sedia menunggu.

Tambah menghairankan, bagaimana dewan yang hanya mampu menampung untuk sekadar 1000 pengunjung penuh, malah ada yang bersimpuh di atas lantai semata-mata mahu menuggu titah kata TGNA. Risikan akhirnya menokhtahkan bahawa sekitar 4000 orang hadir untuk mendengar titah kata TGNA.

Jam 6.45 petang kelihatan kelibat seorang pemimpin yang sederhana perlahan memasuki dewan. Hiruk pikuk hadirin digegarkan dengan laungan takbir, persis situasi ketika ribuan Umat Malaysia memenuhi jalanan 10 November tahun lalu.

Walaupun hanya untuk 15 minit, itu sudah cukup untuk hadirin melepaskan rasa rindu pada kata-kata seorang Ulama'. TGNA merungkaikan ucapan yang cukup berkesan dengan memberi analogi mudah untuk makhluk umat berfikir.

Dua perkara utama yang dijadikan lontaran titah kata adalah tanggungjawab untuk mensyukuri nikmat Tuhan dan juga untuk balik mengundi PAS di Kelantan. Ada analoginya yang cukup sinis untuk difahami oleh mereka yang berkerja dengan Singapura.


Walaupun hari sudah gelap, ribuan umat masih menanti ucapan TGNA

Sehingga melimpah ke luar. apa lagi yang mahu diucap jika gambar sudah cukup untuk memberi makna?

iii. Rawang dan Perubahan Posisi Pengundian

2.3o petang, di Rawang.

Menunggu kehadiran Saudara Ramdhan Fitri Elias memenatkan juga. Masakan tidak, kereta yang dipandunya berlegar pada area yang sama namun tetap gelap untuk berjumpa dengan kami.

Jadual waktu itu adalah untuk bertemu Jawatankuasa Bertindak Penduduk untuk menyelesaikan masalah berkenaan tindakan TNB yang berkeras mahu membina laluan untuk High Tension Power Line di tengah-tengah perumahan penduduk.

Akhirnya, kami bergegas ke Rawang, meninggalkan Lee Khai Loon bersama anggota lawatan lain. Berjumpa Saudara Ramadhan di hadapan Parkson Ria Rawang, dan berterusan ke rumah yang ditetapkan oleh Lee Khai Loon.

Uncle Lim, selaku pengerusi jawatankuasa bertindak menceritakan segala hal berkenaan tindakan susulan dan langkah yang telah dan akan diambil.

Ternyata, rumusan yang dibuat, walaupun berkali bertentang mata( 5 kali kata Uncle Lim) dengan kementerian terbabit, tiada tindakan susulan, dan pihak kementerian dengan mudah seolah mahu mebiarkan TNB menjalankan pembinaan projek tersebut melalui perumahan penduduk.

Trend ini membawa penduduk untuk cekal memilih PKR sebagai landasan, dan teguh untuk meyakini bahawa PAS dan DAP akan membantu mereka menyelesaikan masalah ini.

Uncle Lim, kanan sekali senang untuk berjumpa kami yang mewakili komposisi semua kaum. Ada India, Melayu, dan Cina, datang untuk mendengar dan mencari solusi untuk masalah mereka

iv. Batu Caves, Hindraf dan Swing Masyarakat India

Selesai perjalanan di Taman Melawati, kira-kira Jam 1100 pagi. Kami berangkat ke Indian Settlement di belakang Batu Caves. Niat asal untuk merantau di segenap Batu Caves diubah ke kawasan tersebut atas inisiatif rakyat tempatan membawa kami ke kampungnya.

Benar apa yang dianalisis sekian banyak sumber pemerhati politik. Rangkaian isu dan peritiwa yang menekan telah membawa kepada keputusan drastik Kaum India untuk melakukan anjakan perubahan.

Isu utama yang dibangkitkan adalah Hindraf.Pemilikan tanah. Ekonomi, dan Keselamatan.

Atas inisiatif ini jugalah, kami berpeluang mendengar secara langsung rintihan anak muda Kaum India yang secara total mahukan perubahan.

Ada kakitangan kerajaan yang takut, akhirnya berani menyuarakan betapa benci dan geramnya terhadap MIC sudah tidak dapat dibendung lagi.

Ada seorang ahli perniagaan, sudah membeli borang pencalonan, atas basis mahu bertanding sebagai calon bebas. Tetapi Azmin Ali nasihatkan, untuk teguh bersama PKR dan yakin bahawa gelombang perubahan akan terus dilakukan. Uncle ini juga memberi keyakinan penuh bahawa, perubahan untuk Malaysia adalah satu kemestian yang wjaib dilaksanakan.

Udesh, menemubual anak muda yang mahukan perubahan

Selesai di Batu Caves, kami bergegas mencari makan. Teringat kenangan waktu beraktivis bersama mahasiswa dahulu.

Lee Khai Loon memahami dan bertanya, " Kedai ini halal atau tidak?".

Senyum memahami rakyat pelbagai kaum yang faham akan Islam dan penganutnya.

Akhirnya Jam 1300, baru perut ini diisi sebelum bergegas untuk ke Rawang pula.

v. Malam Yang Menjenuhkan

Selesai majlis bersama TGNA, jam sudah 730. Bersolat di Masjid Putrajaya dan sekali lagi berkejaran ke Markaz Titiwangsa untuk agenda membantu kempen Dr. Lo' Lo'.

Edaran Manifesto, Akhbar Kempen dan Biodata Calon kami sebarkan dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dan blok ke blok. Blok E perumahan Kg Pandan hanya dijajahi untuk tempoh satu jam.

Letih memikirkan, untuk menaiki blok 5 tingkat, menghampiri 2 buah rumah setiap tingkat, dan mengetuk pintu rumah tersebut untuk hampir 16 buah blok !

Untuk perubahan, kami sanggup lakukan apa sahaja.

Akhirnya, Jam 0000. Isnin 2 Mac 2008. Baru tiba dirumah.

Sehari yang memenatkan, tetapi cukup gembira menyumbang secebis tenaga yang sedikit untuk kemakmuran negara, kestabilan kehidupan marhaen dan meghadirkan rasa suka untuk mereka yang menderita.

Ayuh lakukan perubahan, Undi untuk perubahan.!!!!

Saturday, March 01, 2008

Perangai SPR, RTM, dan semua lagi seperti Agensi BN

Doa Qunut Nazilah

اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائنا
ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم
وفرق جمعهم
وستت كلمتهم
وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلاب
ك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب
ويا مجري السحاب
ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم
-------
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

------------------------------------------------------------------------------

Setelah beberapa hari berlangsungnya proses pilihanraya rakyat dihujani dengan pelbagai rakaman baik oleh partai-partai yang bertanding. Barisan Nasional, misalnya telah menggerakkan hampir kesemua medium wacana massa tanah air untuk menyegerakan kempen mereka. Manakala,komponen parti-parti Alternatif seperti PAS, PKR dan DAP masih cekal bersatu atas beberapa inisiatif ceramah untuk terus mendekati pengundi secara dekat.

BN yang merasakan bahawa tanah Malaysia ini hanya layak diperintah oleh kelompok mereka mengasak parti-parti alternatif lain dengan saranan dan dugaan yang sangat tidak mencerminkan toleransi demokrasi yang berlangsung.

Kempen oleh MIC misalnya, mengugut kaum India supaya terus teguh menyokong BN. Tindakan sebegini secara tidak langsungnya meyakinkan pengundi bahawa MIC selama ini, dijalangi oleh mereka yang suka akan tingkahlaku gengsterisme. Mungkin ini juga tindakbalas Samy Vellu, terhadap kelompok masyarakat India yang berterusan menghalang Samy vellu untuk turun berkempen.

SPR dan RTM

Perangai pelik SPR sebenarnya sudah dikesan ketika Parlimen mengambil tempat untuk menyambung usia perlantikan Rashit. Jika tidak ada ribut, masakan pokok boleh bergoyang.

Setelah itu, timbul pula kekecohan ketika hari penamaan calon, dengan begitu ramai calon-calon BN yang tidak membuat duti setem pada borang, tetapi tetap diberi peluang untuk terus bertanding. Kata SPR, pekeliling yang menarik balik arahan mewajibkan duti setem telah dihantar pada pagi sebelum hari penamaan calon.

Ini memang kerja gila.

Dengan daftar pengundi yang meragukan, dan strategi licik untuk mendaftar setiap pengundi POS pada senarai pengundi awam terus membayangkan betapa SPR dan Rashit adalah tunggangan BN selama ini.