Rencana Bersih hari ini adalah untuk keluar mencari MacBook Pro . Ingatan dan rasa ingin memiliki Bersih pada MacBook Pro sangat meluap-luap. Bersih bercadang memakai baju kuning hari ini sebagai memento pada rasa ingin memiliki MacBook Pro.
Kuning adalah warna kegemaran Bersih,dan memang bersih dan suci.Gaya dan ketrampilan Bersih dengan pakaian kuning ibarat raja-raja atau mungkin kerabat istana. Bukan raja-raja atau kerabat istana yang memakai gelaran Sultan,tetapi hanya raja-raja biasa marhaen.Makan sekadar cukup makan,pakai sekadar cukup pakai. Mungkin sekali-sekali berkunjung ke MyMeatWorks atau LasVacas.
Bersih bermusuh;berpantang maut sebelum ajal,bergolok bergadai, dengan Kotor. Kotor berwatak perkasa berpemuda umno. Kotor samseng jalanan yang selalu mengacau dan mengganggu Bersih.
Gaya dan ketrampilan Bersih yang menyebabkan Kotor dengki. Suci juga menyebabkan Kotor irihati pada Bersih.Suci ialah gadis cantik yang menjadi kegilaan Kotor.
Oleh kerana rencana hari ini untuk berseorangan mencari MacBook Pro, Bersih tidak mengajak Suci bersama. Bimbang akan kelakuan Kotor jika ternampak Bersih,dengan pakaian bersih yang kuning bersama Suci,sudah pasti Kotor akan naik gila.
Pernah terdengar daripada cerita dahulu, bahawa Kotor sanggup mengguna segala macam cara untuk mencari Bersih.Semua makhluk bernyawa yang tercalit padanya warna kuning disangka Kotor adalah Bersih.Kotor seperti hilang akal dan seperti orang gila.
Ketika itu semua warga kota seperti tidak ketahuan sama ada kegilaan Kotor mencari Bersih adalah kerana Bersih atau kerana Suci. Jika ada perhimpunan yang disebut 'bersih', Kotor akan menghantar mata-mata untuk melihat,telinga-telinga untuk mendengar dan tangan-tangan untuk mencatat.
Kotor terpaksa menggunakan Mata,Telinga dan Tangan kerana kotor tidak cukup indera.Kotor buta,tuli dan kudung.Kotor hanya ada kaki untuk berjalan.
Bersih bersiap,tanpa mengetahui bahawa Suci telah merancang untuk menyambut kejayaan membeli MacBook Pro pada 9 Julai nanti dan Suci merancang untuk semua warga kota menyambut kejayaan yang sama dengan bersama rencana yellow flashmob , semua warga menguning.
Suci juga telah siapkan kad ucapan ringkas yang bertulis "Bersih Suci".
0 comments:
Post a Comment