Pada mereka yang beragama,akidah dan rasa kehambaan pada Tuhan adalah elemen yang melahirkan rasa sabar dan tawakkal. Keterikatan pada Tuhanlah yang menyebabkan mereka ini nekad melakukan kerja-kerja yang sama berulangkali dengan harapan agar objektif dan cita-cita agama mereka tercapai.Atau mungkin juga, inisiatif-inisiatif yang berulang itu sebenarnya adalah rasa kehambaan mereka pada Tuhan untuk untuk mendapat tempat yang paling mulia dikalangan hamba-hambaNya.
Pada mereka yang tidak beragama,logik mereka dan keyakinan mereka bahawa proses yang telah mereka lakarkan akan menghasilkan keputusan yang dirancang adalah elemen yang mengikat dan menghidupkan sabar dan tawakkal. Kelompok ini dengan tekun dan berusaha keras mengulang,dan terus megulang proses yang sama kerana pada perkiraan teori mereka,keputusan yang dicanangkan melalui perkiraan teori tadinya akan berhasil. Keyakinan pada proses dan perkiraan teori, menyebabkan mereka mampu bertahan mengulang buat inisiatif-inisiatif tersebut.
Justeru,dalam hal membicarakan soal-soal sabar dan tawakkal,perkara paling utama yang perlu diberi perhatian adalah apakah elemen sebenar yang melahirkan rasa sabar dan tawakkal? Melalui jawaban persoalan ini, nescaya pemahaman dan sikap kita terhadap rasa sabar dan tawakkal akan lebih utuh.
Penulis suka berpendapat bahawa rasa sabar dan tawakkal itu lahir daripada keutuhan sistem kepercayaan.Bagi mereka yang beragama, sistem kepercayaan kepada Tuhan dan sebaliknya,kepercayaan mereka pada logik perkiraan teori-teori yang mereka lakarkan.
0 comments:
Post a Comment