Ketika melalui rencam kehidupan demikian,kita sebenarnya sedang belajar untuk menerima perbezaan dan mengajar diri untuk menyesuaikan keadaan. Penerimaan terhadap acara-acara yang berlaku dalam kehidupan sedikit sebanyak dibentuk oleh persepsi dan pandangan alami yang telah kita bentuk saban tahun.
Ketika sibuk dibuai acara cinta dalam kehidupan,tanpa membezaan rasa cinta kita pada sesiapa, semua yang menyertai acara cinta ini akan berada didalam keadaan fana dan leka pada keasyikan bercinta.Persepsi dan pandangan alami yang dibentuk oleh sang pencinta mungkin kerana melihat kepada keperluan cinta itu yang memberikannya keamanan dan keharmonian hidup.
Begitu juga jika kita melihat kepada manusia-manusia yang leka bertuhankan wang.Pada kelompok ini, persepsi dan pandangan alami mereka adalah bahawa wang itu adalah punca yang memberikan mereka rasa selamat,bebas dari ketakutan pada apapun kerana mereka merasakan wang boleh menyelesaikan segalanya.
Justeru dalam kita belajar dan mengajar diri untuk menerima kehidupan, sewajarnya kita melihat betapa keperluan untuk kita meletakkan persepsi dan pandangan alami itu pada tempat yang kita rasa wajar adalah wajib.Penyelarasan ini akan membantu kita untuk membina persepsi penerimaan dan justifikasi kita sendiri tanpa terpengaruh dengan anasir-anasir doktrinisasi menghasut.
Pada anasir doktrinisasi menghasut ini jugalah sebenarnya akan menghalang kita untuk bersikap terbuka.Bersikap dengan sikap "berfikiran terbuka" adalah atas dasar untuk tidak menjatuhkan hukum pada sesiapapun untuk apa keadaan sekalipun pada acara apapun kerana kita bukan Tuhan untuk menghakimi manusia pada rupa dan keadaan manusia itu.
Kerana itu,untuk menjadi manusia biasa yang baik, kita sebenarnya perlu belajar hal-hal ini sebagai asas untuk hidup dalam pelbagai kerangka perbezaan.Tidak pelik kerana hal ini jugalah yang dipraktikkan oleh manusia-manusia yang menyertai acara bercinta kerana mereka dapat menerima perbezaan dan bersikap "berfikiran terbuka" ketika bersama, tetapi kelompok yang sama apabila menyertai acara-acara kemewahan tidak mampu untuk menerima hakikat bahawa yang miskin perlu dibantu dan bersikap sederhana pada hal-hal keperluan dan kehendak.
0 comments:
Post a Comment