Soal hati adalah soal Allah.Hati yang putih bersinar adalah petanda rapatnya seorang hamba pada Tuhannya.Makin bersinar, makin nipis tembok hijab yang menutup hati dari melihat haq,kebenaran dan hakikat..masih belum ketemu perkataan yang paling secocok untuk menggambarkan betapa bahagianya hati bila hijab itu dibuka pintunya oleh Allah.Sungguh indah...
Justeru, mahu sahaja ana hebahkan pada penduduk dunia ini akan pertemuan hakikat ini agar mereka turut sama merasai kelazatannya.Tetapi kita tidak mampu merobohkan tembok itu andai dalam hati kita masih tercalit walau satu penjuru sudut, kebergantungan, matlamat dan penyerahan selain dariNya.Kita tak mungkin dapat merasainya.
Amalan...seawal kita menyedut nafas baru pada hari yang baru setiap hari,sehingga tenggelamnya matahari disusuli terbitnya fajar baru keesokannya, rutin kita telah diatur oleh manhaj Islam yang telah tergaris, yang termaktub dalam perlembagaan hidup.Berusaha untuk mengamalkan setiap ajarannya adalah kunci kekuatan.Seperti kata Imam ghazali, jalan menuju tuhan adalah pelbagai, tapi matlamatnya satu.Justeru carilah kekuatan dengan merapatkan diri kepadaNya dan dengan tafakkur.Banyakkan berfikir tentang kehidupan, kaitkan dengan wahyu dan carilah ilmu.
Maaf azan zohor dah berkumandang….ada ketika diizin Allah disambung lagi.
Dia yang memberi quwwah.
0 comments:
Post a Comment