Realtime Twitter Updates

Wednesday, February 01, 2012

DIa Memang Begitu

Ariana tertunduk melihat ke bawah.Memerhati ayam kampung berkeliaran ketika waktu-waktu begini amat mendamaikan. Bunyi kokokan ayam jantan kadang-kadang berselang seli dengan riuh cicitan anak-anak ayam sangat melegakan.Angin pula bertiup dalam lenggok perlahan,tenteram dan tidak mengganggu. Beberapa pohon buah-buahan di hadapan rumah membayangi cahaya matahari yang sedang menuju malam.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Ariana untuk duduk bertingkuh begitu di beranda rumah atuknya ketika hari menjelang malam. Sekali-sekali mendongokkan kepala melihat kenderaan yang bersimpang siur,sepuluh tahun dahulu simpang ini tiduk sibuk. Seingatnya, hanya sebuah kenderaan kecil yang selalu melepasi jalan raya kecil itu dahulu.Waktu ini,hampir kesemua kenderaan yang ada menggunakan simpang itu untuk ke pekan berhampiran.

" Ariana, sudah siap mandi?" sayup-sayup kedengaran suara makciknya memanggil.

" Belum…ada di depan lagi." Ariana membalas dengan runtutan kata yang perlahan.

Jam dinding diruang tamu masih belum berbunyi,ternyata masih banyak waktu sementara menunggu masuknya waktu Maghrib. Corongan pembesar suara masjid juga masih sunyi, jika tidak sudah pasti kedengaran alunan - alunan bacaan Al-Quran.

Jarak antara masjid dan rumah Ariana amatlah dekat,diselangi beberapa deretan kedai dan padang bola sepak. Kelihatan juga masih ramai orang kampung bersorak di padang bola sepak berdekatan,tandanya waktu Maghrib masih lagi belum muncul.

Ariana masih lagi tertunduk memerhati,melihat dan mengingati.

Insiden-insiden yang berlaku dipejabat adalah runtunan peristiwa yang telah berlaku dan sangat mengusik hati kecilnya. Dia sedar,dalam keterbukaannya ada ramai yang mengambil kesempatan.
Dia tahu, dalam kebaikan yang dilakukan ada rasa sombong dan ego yang mengorak langkah.Dia juga kenal,dalam kesibukan bekerja dan berkawan ada rasa bongkak yang mengambil tempat.

Ariana sedar dirinya lincah dipejabat,berkawan dan memilih kelompok untuk didampingi. Dia lebih senang dengan kelompok lain yang dirasakan bersesuaian dengannya,katanya banyak yang dapat dipelajari daripada bersama rakan-rakan yang lain.

" …mungkin telah banyak kesalahan yang aku lakukan tanpa sedar, kerana rasa diri aku sahaja yang betul…atau ada hati yang terguris lantaran sikap aku begini..." Ariana masih tunduk.

Masih segar ingatannya pada peristiwa Najah menegurnya secara terbuka dan tiba-tiba.

" Ariana, I know you are really close to them,but please...make sure you know your limit? " pernah sekali Najah bersuara menasihat.

"…you know, ada aku kisah. Mind your own business…okay?" Ariana berlalu.

" Ariana, yes you are my business.I don't care why are you like to hang out with them. I don't care what are you guys doing…but one thing for sure they are taking advantage upon you,and yet you are still there and enjoying your time with them." Najah bingkas menjawab satu per satu supaya Ariana sedar.

" Jealous." keluh Ariana dan lantas Najah diam membungkam.

Semenjak peristiwa itu Najah langsung tidak ambil peduli dan tidak bertegur langsung dengan Ariana.

Ingatan pada insiden itu mengingatkan betapa beruntungnya Ariana kerana ada rakan yang masih mahu memberi pendapat,tetapi pengakhiran episod itu merupakan kisah sedih untuk Najah.

Ariana masih ingat, dia berlalu tanpa bersemuka langsung dengan Najah. Baginya, nasihat Najah umpama kata-kata orang cemburu yang tidak ikhlas, menegur hanya kerana dia berjaya mengambil hati rakan-rakan lain dipejabat. Dia tidak kisah apa yang orang lain katakan,padanya kelincahannya tidak salah,yang salah dalah orang yang irihati pada perangai dan tabiatnya.

Dua hari sebelum ini, Ariana secara tidak sengaja terdengar perbualan rakan-rakan lain dipejabat.

" Aku dengar Ariana selalu keluar dengan Ridzwan, pelik juga aku tengok." Suriati memula bicara.

" Dulu selalu dengan Amar…mungkin dia selesa. Nak buat macam mana." Wan Su menyambung.

Najah yang berada dimeja yang sama senyap. Seolah-olah langsung tidak ambil peduli.

" Bimbang juga aku tengok,in case something happened nanti, macam mana? Dulu waktu dengan Amar nyaris-nyaris kantoi dengan isteri Amar,sekali lagi kalau kantoi memang tak tahulah macam mana." Suriati kecoh bercerita,bergosip.

" Dia memang begitu…" tiba-tiba Najah mencelah dan semua yang ada terus menyepi.

Ariana hanya mampu mendengar dan tidak menjawab,dia segera meninggalkan pejabat dan terus pulang.

Kata-kata Najah yang terakhir itu memang menyentuh dan memberitahu betapa dirinya seolah-olah langsung tidak mendengar nasihat dan tidak menerima teguran. Tiga perkataan itu juga melambangkan dirinya dan itulah identiti dirinya.

" Allahuakhbar … Allahuakhbar …" sayup-sayup bunyi suara muazzin melaungkan azan Maghrib.

Ariana bingkas bangun,mengambil tuala dan bergegas menuju ke bilik air di bawah.

"Maghrib nanti aku harus berdoa supaya Allah mengampunkan segala kesalahanku,supaya Allah memberitahuku bagaimana aku harus bangkit dari kesalahan ini dan semoga Najah terus berada disitu menjadi rakan baikku yang menegur dan memberi tunjuk ajar," getus Ariana berseorangan.

"Ariana, bila nak mandi?" sekali lagi makciknya memanggil.

" Nak pergilah…" Ariana menjawab dan dimindanya kenyataan Najah," dia memang begitu," terus bermain dan berulang.







0 comments: